Hakim Mahkamah Tinggi Arah Kes Diteruskan
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mengarahkan satu tarikh lain ditetapkan untuk mendengar permohonan Najib itu.
Terdahulu, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata pihaknya sudah memfailkan notis usul itu pagi ini (di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi).
Peguam Negara, Tommy Thomas, memaklumkan mahkamah pihaknya menerima email daripada pihak pembelaan pada jam 11.30 pagi berhubung permohonan mencabar tuduhan terhadap Najib.
TOMMY Thomas. - Foto Aizuddin Saad |
“Tindakan pihak pembelaan memfailkan notis itu pada saat akhir adalah satu usaha untuk melengahkan perbicaraan,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, berkata tuduhan yang dikenakan terhadap Najib adalah sah dan betul, sambil menegaskan bahawa permohonan notis usul itu adalah usaha peguam bela untuk melengahkan perbicaraan kes.
Bagaimanapun, Muhammad Shafee dalam hujahnya berkata cara terbaik untuk meneruskan prosiding adalah untuk mendengar usul berkenaan.
“Usul ini perlu didengar oleh Yang Arif, sama ada hari ini atau hari lain. Disebabkan pihak kami sudah bersedia, beri kami peluang untuk berhujah (berhubung notis usul),” katanya.
Seorang lagi peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berkata tugas mahkamah adalah memastikan tuduhan digariskan dengan teratur, dan dipastikan tidak mempunyai sebarang kecacatan.
Tommy membalas hujahan itu dengan menyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan sudah memutuskan bahawa tiada lagi penangguhan.
"Ini adalah usaha budak nakal untuk menangguhkan apa yang akan bermula," katanya.
SUMBER - BERITA HARIAN
Post a Comment