Header Ads

Jin-Young Rangkul Gelaran Utama Sulung

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Ko Jin-young memenangi kejohanan LPGA ANA Inspiration di lapangan Mission Hills Country Club, California. - Foto AFP

LOS ANGELES: Bintang golf muda Korea Selatan, Ko Jin-young merangkul gelaran utama sulungnya selepas mengetepikan rakan senegara, Lee Mi-Hyang untuk memenangi kejohanan LPGA ANA Inspiration dengan kelebihan tiga pukulan, pagi tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu menamatkan saingan dengan bergaya apabila melakukan birdie menerusi pukulan putt jarak untuk dua bawah par 70 dan memenangi kejohanan utama pertama musim ini di lapangan Mission Hills Country Club, California.

“Sukar untuk saya mempercayainya,” kata Jin-Young yang menjadi pemain kelima dari Korea memenangi kejohanan berkenaan. “Saya amat gemuruh dengan semua pukulan saya.”



Jin-Young yang memasuki tahun keduanya dan pemegang anugerah pemain baharu terbaik menamatkan saingan dengan 10 bawah par 278 untuk gelaran keempat LPGA. Dia turut memenangi Piala Hope Founder bulan lalu.

Selepas meraih kemenangan, Jin-Young meraikannya dengan cara tradisi iaitu terjun ke kolam Poppie Pond di lapangan berkenaan bersama kedinya. 

Sementara itu, Mi-Hyang menamatkan saingan di kedudukan kedua selepas turut melakukan dua bawah par 70 pada pusingan terakhir manakala pemain Amerika Syarikat, Lexi Thompson ketiga selepas melakukan 67 pada hari terakhir untuk keseluruhan enam bawah par 282.



Kim In-kyung dan Carlota Ciganda dari Sepanyol terikat di kedudukan keempat selepas mengumpul lima bawah par, ketinggalan lima pukulan di belakang Jin-Young. 

SUMBER - AFP

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?