Sathianathan Puji Prestasi Amri, Eugene
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Jurulatih Selangor, B Sathianathan. - NSTP/Rasul Azli Samad
Jurulatih Selangor, B Sathianathan. - NSTP/Rasul Azli Samad
MELAKA: Jurulatih Selangor, B Sathianathan gembira dengan prestasi pemain veteran Mohd Amri Yahyah yang bertindak cemerlang membantu skuad itu mencatatkan kemenangan 4-3 mengatasi Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat di sini, semalam.
Baginya, pengalaman luas pemain itu menjadi nadi penting menyentap semangat tuan rumah menerusi dua jaringan awal sekali gus membuka laluan kemenangan skuad The Red Giants.
Menurutnya, Amri berfungsi baik untuk memikul peranan sebagai penyerang pada babak pertama malah dua gol yang dihasilkannya memiliki kualiti menarik sebagai pemain yang berpengalaman.
“Bekas pemain kebangsaan itu juga memainkan peranan penting selepas diminta beraksi di sayap kanan pada babak kedua yang turut mengelirukan pertahanan lawan.
"Apapun kemenangan berkenaan sebenarnya berdasarkan perjuangan sebagai sebuah pasukan dan bukan faktor individu semata-mata,” katanya selepas perlawanan.
"Namun saya juga gembira dengan persembahan Sean Eugene Selvaraj yang berjaya menanduk masuk dua gol untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-3 kepada lawan seterusnya membantu kemenangan tipis 4-3 ke atas tuan rumah.
"Eugene adalah super sub yang baik, berikutan kesungguhannya yang tinggi termasuk membantu ketika bertahan selain pantas melakukan asakan sekali gus menerbitkan pilihan buat saya dalam perubahan taktikal,".
SUMBER - BERITA HARIAN
Post a Comment