Header Ads

Lin Dan Masih Berbisa

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

KUALA LUMPUR: Bintang sensasi China, Lin Dan membuktikan dia masih ‘berbisa’ di peringkat antarabangsa apabila menjuarai saingan Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas juara Olimpik dua kali itu menewaskan rakan senegara, Chen Long 9-21, 21-17, 21-11 dalam aksi final yang disifatkan pertarungan dua gergasi di Axiata Arena Bukit Jalil.

Menariknya, kejayaan itu menyaksikan Lin Dan menamatkan kemarau kejuaraan utama selama hampir dua tahun selepas kali terakhir melakukannya ketika menjuarai Terbuka Malaysia 2017.

Dia berjaya memenangi gelaran Terbuka New Zealand 2018 namun ia hanyalah kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.

Dalam aksi final itu, kedua-dua pemain berjaya menghiburkan kira-kira 3,000 penonton yang hadir di stadium.

Lin Dan merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali kedua selepas menewaskan Chen Long dengan 9-21, 21-17, 21-11. - NSTP/Syarafiq Abd Samad

Aksi Chen Long ketika menentang Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil. - NSTP/Syarafiq Abd Samad

Lebih istimewa, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei membuat penampilan istimewa apabila hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Terdahulu, beregu campuran China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong muncul juara selepas menewaskan rakan senegara, Wang Yilyu-Huang Dongping 21-17, 21-13.

China yang turut mendominasi final acara beregu wanita menyaksikan Chen Qingchen-Jia Yifan muncul juaa selepas mengatasi Du Yue-Li Yinhui 21-14, 21-15.

SUMBER - BERITA HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?