Header Ads

Tengku Mahkota Kelantan Kahwin 19 April Ini

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
DR Tengku Muhammad Faiz Petra akan melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar pada 19 April ini. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, akan melangsungkan perkahwinannya dengan warga Sweden, Cik Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar Kota Bharu, pada 19 April ini.

Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, berkata pasangan baginda adalah kenalan lamanya.

“Sukacita saya dengan hormatnya menjunjung titah perintah Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan akan melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2018 di Istana Balai Besar.

CIK Sofie Louise Johansson. - Foto ihsan Istana

“Yang Teramat Mulia juga bertitah agar cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan kebajikan Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang Tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah

“Baginda berharap agar sekalian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak dipermudahkan dan dirahmati Allah sehingga jannah,” katanya dalam sidang media di Istana Balai Besar di sini, hari ini.



Beliau berkata, istiadat perkahwinan akan diadakan secara tertutup dan sederhana dengan dihadiri ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat.

“Majlis akad nikah akan diadakan pada hari sama selepas solat Isyak sebelum disusuli dengan istiadat perkahwinan,” katanya.

SUMBER - BERITA HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?