Filem Nur Selepas Amyra Habis Pantang: Shahrulezad
Berita gembira buat peminat setia rantaian drama Nur dan Nur 2Penerbit, pengarah dan penulis skrip naskhah berkenaan, Shahrulezad Mohameddin mengesahkan karyanya itu akan diangkat ke layar lebar.
Jelas Shahrulezad, perbincangan lanjut sudah pun dilakukan dengan Primeworks Studio baru-baru ini dan kedua-dua belah pihak positif dengan perancangan tersebut.
"Selepas kejayaaan drma Nur 2, memang ramai yang bertanya kepada saya apakah ada Nur 3 pula.
"Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak percaya kepada kejayaan sekuel sesebuah naskhah.
"Bagaimanapun selepas melihat sambutan Nur 2, ada perancangan sama ada diteruskan kepada Nur 3, dibuat Nur muzikal atau filem.
"Memandangkan saya belum pernah mengarahkan filem, jadi saya kira ini adalah masa yang sesuai untuk saya hasilkan filem sendiri.
"Jadi selepas berbincang dengan pihak Primeworks, mereka juga suka dengan idea kami dan buat masa ini ada beberapa idea jalan cerita yang sudah dibincangkan," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Shahrulezad, kesemua pelakon memberikan respons positif dengan perancangan ini dan dia kini sedang memikirkan cara terbaik untuk membawa kembali Azhan Rani yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi.
"Sejujurnya saya pun baru tahu Amyra Rosli hamil anak kedua. Tapi mujurlah ikut perancangan penggambaran akan dijalankan tahun depan.
"Jadi kiranya selepas Amyra habis pantang, kita akan terus mulakan penggambaran. Pelakon lain juga tak ada masalah, mereka kata asalkan saya yang tulis skrip dan arahkan, mereka akan turut sama terlibat.
"Cuma sekarang, saya sedang fikir jalan terbaik untuk bawa Azhan Rani selepas wataknya dimatikan sebelum ini.
"Saya juga sedar pengaruh Ustaz Hamadi di dalam drama Nur sebelum ini dan berharap Azhan akan bersetuju," jelasnya.
Shahrulezad berkata, dia berharap filem itu dapat menemui penonton pada tahun sama (2020).
Drama Nur dan Nur 2 yang menampilkan gandingan Amyra dan Syafiq Kyle bersama Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaludin Hassan, Raja Atiq dan Azhan Rani mencetuskan fenomena tersendiri.
Drama yang mengisahkan seorang pelacur yang menikahi seorang ustaz itu mendapat sambutan hangat sehingga melayakkan mereka memenangi pelbagai anugerah tahun lalu dan awal tahun ini.
Malah ketika penganjuran Anugerah Drama Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) awal tahun ini, drama terbitan Radius One Sdn Bhd menang besar dalam enam kategori utama termasuk Drama Rantaian Terbaik.
Sumber : Sinar Harian
Subscribe Channel Kami di Youtube
Post a Comment