Fizo, Mawar Cerai Talak Satu
PELAKON, Fizo Omar sah cerai talak satu bersama isterinya Mawar selepas hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi. - Foto Syarafiq Abd Samad |
BANGI: Kemelut rumah tangga pelakon dan usahawan, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim, akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada jam 10.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.
Lafaz cerai itu dibuat, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar, 30, sebagai plaintif di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.
Hakim Che Abdullah yang mendengar lafaz cerai itu, kemudian mensabitkan perceraian dengan talak satu terhadap pasangan itu dan memerintahkan Mawar menjalani tempoh edah selama tiga bulan termasuk Fizo perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Permohonan cerai itu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 17 Jun 2019.
Terdahulu, suasana dalam mahkamah bertukar sedih apabila pasangan itu bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Fizo melafazkan cerai.
Mawar yang berkurung ungu dilihat hanya menunduk ketika bersalaman dengan Fizo lengkap bersut biru.
Pada prosiding itu, Fizo tidak diwakili peguam syarie, manakala Mawar diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Syamimi AB Rahman.
SUMBER -BERITA HARIAN
Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
SUMBER -BERITA HARIAN
Post a Comment