Header Ads

Kesihatan Ainul Mardhiah Semakin Baik

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube 

MELAKA: Keadaan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin hari ini bertambah baik selepas mendapatkan rawatan susulan berikutan bayi yang selamat menjalani pembedahan ketumbuhan mulut ‘Germ Cell Tumour’ itu, tidak sihat sejak Isnin lalu.



Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata Ainul Mardhiah tidak dapat tidur kemungkinan bayi itu tidak sihat, Isnin lalu dan pihak hospital meminta anaknya itu tinggal di London lebih lama bagi menyambung rawatan.

“Keadaan Ainul hari ini bertambah baik. Pagi semalam, dia tidur nyenyak sebab keadaan dia sudah semakin baik.

“Untuk masa sekarang ni, Ainul mengambil antibiotik sebab sehari sebelum nak balik (pulang ke tanah air), hospital dapat kesan Ainul demam sikit. Jadi, pihak hospital tak izinkan balik di saat akhir sebab risiko ketika penerbangan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, di sini.

Beliau dihubungi jam 9.05 pagi ini iaitu kira-kira jam 2.05 pagi waktu London.

Ahmad Safiuddin berkata, dia bagaimanapun tidak pasti berapa lama lagi Ainul Mardhiah perlu berada di London, namun yakin semua akan berjalan lancar.

Menerusi status yang dimuat naik di Facebook, pagi ini juga, Ahmad Safiuddin memohon maaf kerana tidak mengemaskini perkembangan keadaan Ainul Mardhiah, beberapa hari lalu.

“Doktor mahu Ainul tinggal di sini untuk beberapa minggu lagi untuk rawatannya.

“Sepatutnya Ainul dibenarkan balik dalam minggu ini, tapi atas faktor kesihatannya yang sedikit terjejas beberapa hari lalu, Ainul diminta untuk tinggal dan makan ubat... mungkin ada hikmah-Nya mengapa tidak jadi balik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Safiuddin ketika diminta mengulas mengenai gambar permata hati keluarga itu disalah guna pihak tertentu dalam media sosial, dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan berikutan ia berlaku di luar kawalannya.

“Tidak mengapa. Saya tak boleh nak kawal semua. Mana yang saya terdaya sahaja. Terima kasih kerana beritahu saya.

“Sekurang-kurangnya saya tahu dengan berita yang salah macam ini,” katanya.

Menerusi laman sosial Instagram yang dikongsikan ibu bayi, Nurul Erwani, 24, semalam, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke tanah air pada Isnin lalu jam 9.30 malam (waktu London) dan dijangka tiba Selasa jam 5.30 petang, namun ditangguhkan kerana demam dan batuk.

Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.

SUMBER - BERITA HARIAN

          Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?