Cara Buat Blog Langkah demi Langkah ( Beginner )
Hari ini berkesempatan untuk menulis blog tentang tutorial cara membuat blog. Oleh kerana begitu ramai "PM" kami di dalam facebook menanyakan "Macammana Nak Buat Blog Sendiri ?"
Di kesempatan ini, Kami akan ajar step by step bagaimana anda boleh bermula untuk blogging sendiri. Tetapi pada kali ini, kami hanya akan mengajar basic atau asas blog sahaja. InsyaAllah pada next thread akan datang, kami akan memberi tutorial yang lebih advance.
1)LANGKAH PERTAMA LAYARI www.blogger.com
Seperti yang korang lihat di atas. itu adalah laman dari www.blogger.com dan dari situ bermulanya hidup anda sebagai blogger!
Tekan pada butang "Buat Blog Anda" @ "Create Your Blog"
2)MASUKKAN NAMA BLOG ANDA
Contoh di atas menunjukkan, kami sebagai penjual kereta terpakai ingin membuat satu blog berkenaan dengan penjualan kereta terpakai.
Jadi didalam title kami masukkan "Menjual Kereta Terpakai" dengan harapan supaya bila orang cari di dalam google "Menjual Kereta Terpakai" blog kita akan dilistkan dari rank 1 - 10. Dengan itu anda akan mendapat customer yang lebih mudah.
Di Adress pulak, kami masukkan "cari-Kereta-Terpakai.blogspot.com".
Blog address ni sangat penting di mana bila orang dah tahu laman web kita, orang terus direct ke laman web kita dengan masukkan "cari-Kereta-Terpakai.blogspot.com".
Selepas selesai siapkan semua tekan butang CREATE BLOG
3)VIEW BLOG ANDA DAHULU
Setelah selesai, anda akan di directkan ke page ini, di mana anda akan lihat blog anda masih lagi kosong tanpa posting apa-apa, ini kerana kita adalah baru dan kita tidak menulis apa apa lagi di dalam blog kita.
Lihat Gambar di atas di mana blog kita masih lagi kosong dengan hanya bertuliskan Menjual Kereta Terpakai tanpa sebarang info. Jadi apa tunggu lagi jom kita masukkan info atau maklumat yang membolehkan pelanggan kita tahu jenis kereta apa yang akan kita jual.
Jangan Panik!, Tekan pautan Powered by Blogger anda akan terus di directkan kembali ke page asal. Dan terus tekan "New post" bagi menulis posting pertama
4)MASUKKAN PRODUK ANDA
Kami masukkan kereta Inspira Convert Lancer yang diambil dari facebook (Bukan Admin punya, Tolong promote sahaja). Jadi kita tulis semua detail dari A-Z supaya mudah bagi pengguna tahu spesifikasi kereta, dan perkara yang jangan pernah lupa adalah meletakkan no telefon @ whatsapp.
Ia bagi memudahkan pelanggan anda untuk berhubung terus dengan anda.
Selepas siap semua perincian terus tekan publish.Jangan lupa letak tajuk
POST : Inspira Convert Lancer 2.0cc
Setelah selesai Publishkan sahaja
5)LIHAT HASIL ANDA DAN BERGEMBIRALAH!
Sudah Publish ? Tekan View blog kembali dan tengok lah sendiri hasil yang anda buat tadi di dalam blog anda. Anda telah berjaya membuat satu listing kereta untuk dijual.
InsyaAllah jika ada orang hubungi anda, itu bermakna anda telah berjaya membuat blog! TAHNIAH!
Sekiranya anda mempunyai masalah, Jangan lupa untuk komen di bawah, Kami akan balas segera komen yang anda tinggalkan.
Jika Ramai Komentar dan Share, Kami akan buat tutorial yang lebih advance berkenaan dengan template. Iaitu membuat laman web menjadi lebih menarik.
Ok Disini sahaja untuk posting kali ini.
Adios!
Post a Comment