Tips Disayangi Suami
Menjadi Isteri Penyayang.
Sentiasa Senyum Kepada Suami dan Kalau boleh bicara biarlah halus kena dengan bahasanya, Intonasi yang agak sopan dan menghormati orang sekeliling serta menyenangkan hati.
Isteri Dambaan Suami
Jangan Sekali ada keinginan untuk membuat suami cemburu kerana sifat suami memang sifat cemburu walau tak pernah dia tunjuk, tak payah nak acah acah pergi makan dengan rakan sekerja lelaki dan call suami cakap tengah makan dengan Si A. Itu hanya membuatkan anda merana.
Bila suami hilang kepercayaan, percayalah suami akan buat lebih dari yang anda buat. Dalam diam anda dikecewakan semakin hari semakin pudar cinta itu.
Jadilah Wanita, Wanita ada simbol kelembutan cinta dan kasih sayang, Bersikap lembut terhadap suami akan membuat suami jatuh hati kepada isteri tiap tiap hari. Jangan sekali tinggikan suara terhadap suami dan bangga cakap suami takut pada isteri. Itu tanggapan kolot dan salah.
Bersikap baik terhadap kedua keluarga baik belah Isteri dan Suami. Dengan ini kita kaan hilang dari sikap negatif dan positif sentiasa berada bersama kita.dan yang paling penting jauhilah sikap dengki.
Jika ada si suami kakaknya kaya, jangan paksa suami untuk menjadi kaya seperti kakak, kerana rezeki Allah dah atur, Si A mungkin Rezeki duit namun si B rezeki Anak. Bersabarlah ya..
Percayalah dengan Suami anda, Jangan sikap berburuk sangka. Kerana jika anda terus berburuk sangka ditakutkan yang sangkaan buruk itu benar belaka. Jadi jangan sekali kali tuduh suami yang bukan bukan kalau kita tiada bukti yang benar benar katakan suami kita salah.
Kerana Sikap Orang lain-lain, ada yang romantik ada yang tidak, ada juga yang garang ada juga yang selalu mengungkapkan kata cinta dan ada yang tidak. Jangan uji suami semata mata mahukan bukti yang mereka mencintai anda. itu sudah keterlaluan!.
Setia – Wanita lebih mudah memaafkan lelaki biarpun pasangan mereka curang dan ia sangat berbeza dengan lelaki disebabkan perasaan ego serta harga diri hingga menjadikan hubungan sukar untuk diperbaiki. Cubalah untuk menjadi suami dan isteri yang setia demi kehidupan bahagia bersama anak. Jangan mulakan atau berniat untuk curang dengan pasangan semata-mata disebabkan dendam kerana ia hanya membuatkan anda menyesal.
Untuk Membentuk Keluarga Bahagia
Untuk Membentuk Keluarga bahagia, Pertama kali, Sabar! Sabar! Sabar!. Kerana sabar itu indah. Walau susah bagaimanapun kita suatu hari kita akan ditemukan dengan kesenangan. Harus bersabar.
Untuk Membentuk Keluarga bahagia, Pertama kali, Sabar! Sabar! Sabar!. Kerana sabar itu indah. Walau susah bagaimanapun kita suatu hari kita akan ditemukan dengan kesenangan. Harus bersabar.
Pergaduhan adalah perkara biasa yang berlaku dalam rumah tangga, namun itu adalah penguat rumah tangga, Jika suami anda dalam keadaan marah, janganlah anda juga menjadi api, tetapi berubahlah menjadi Air. Ini kerana jika api lawan api. bila la nak menang kak oi..
Bila suami marah, senyap saja.. jangan cuba tinggikan suara tapi senyap dan dengar sahaja luahan hati suami, tak lama 10 ke 15 minit sahaja. lepas tu dia akan datang balik pujuk kita, ajak kita pergi makan.. masa tu, jangan kita tanya lagi.. jangan kita ungkit lagi. biarkan ia lepas , tak lama 1 minggu 2 minggu keluh resah yang kita simpan akan hilang demi keluarga.
Takkan la kerana nafsu kita sanggup nak musnahkan rumah tangga, ingat Anak, ingat Anak! jika kita terlajak Anak jadi mangsa. Terlajak Perahu boleh diundur telajak kata.. urmmm..
Saling percaya mempercayai menjadi kunci utama dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulat-bulat atau mudah melenting contohnya sekiranya anda mendengar pasangan anda berdampingan dengan individu lain di tempat kerja. Sekiranya masih meragui,
tanya sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata. Sekiranya dia berkata benar, belajarlah untuk mempercayai kata-katanya. Namun, jangan terus percaya tanpa usul periksa dan perhatikan gerak-gerinya. Sekiranya suami anda kelihatan berubah seolah-olah kemaruk cinta seperti sentiasa kelihatan berseri-seri, suka berbohong dan menelefon secara sembunyi-sembunyi, mungkin ada sesuatu, tetapi jika tidak, anda tidak perlu risau mengenainya.
Suami dan isteri sebenarnya harus selalu saling menghargai, memberi keyakinan dan memberi galakan kepada pasangan. Usah jadikan segala perbezaan antara anda berdua penyebab kepada masalah rumah tangga. Apa yang penting, selalu memaafkan setiap kesalahan antara satu dengan lain.
Biarpun usia perkahwinan sudah semakin matang, kemesraan anda dengan pasangan perlu dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke rumah di depan anak-anak menunjukkan kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai. Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami anda, ini bukan bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah berubah. Anda hanya perlu tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih.
BACA LAGI : CARA MENJAGA SUAMI TETAP SETIA!
Post a Comment