Header Ads

Kisah Kejayaan Jack Ma, semuanya Bermula Dari Bawah!

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube



Jack Ma berasal dari keluarga yang miskin dari Hangzhou, Tiongkok. Jack Ma hidupnya penuh derita dan dikelilingi orang miskin, Lalu dia bangkit dan buat satu website alibaba dan kini menjadi orang no 2 terkaya di China.

”Saya menjalani hidup yang pahit,” kata Jack, Nama sebenarnya Ma Yun. "Saya juga bukan dari keluarga berada dan berkuasa"

"Saya begitu banyak menelan kepahitan hidup dan kehidupan saya bukan kehidupan biasa kerana saya hidup di era komunis, Saya juga bukan pandai di mana saya terpaksa ambil ujian peperiksaan sebanyak 25 kali kerana saya tidak pandai di dalam akademis." Kata Jack.



Jack juga gagal untuk memasuk Universiti lalu membuat keputusan untuk belajar di sekolah biasa dan lulus pada tahun 1988.

"Universiti yang saya belajar adalah kelas ke tiga atau empat secara rasional" katanya, Ketika KFC membuka satu cawangan di Hangzhou, Jack adalah orang pertama meminta untuk bekerja di premis tersebut malangnya Jack gagal!, malahan lagi dia turut dihina.

”Kegagalan menjadi sebahagian dalam perjalanan hidup saya,” katanya lagi, selepas tamat belajar, Jack kemudiannya mencari duit dengan mengajar bahasa Inggeris, pada masa belajar dahulu Jack Ma telah belajar bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh kerana dia tahu dengan adanya skill bahasa Inggeris dia mampu bersaing lebih jauh.



"Saya dulu mempunyai seorang kawan berbangsa France, dia memang susah untuk sebut nama saya "Ma Yun" lalu saya suruh dia memanggil saya Jack. Sejak pada itu nama saya menjadi Jack Ma", Jack pada tahun 1995 berhijrah ke Amerika Syarikat, lalu pertama kali Jack sampai dia pergi pusat Internet. lalu terpegun dengan kehebatan Internet yang mampu menghubungkan orang-orang di Asia, Barat, Timur dan lain-lain.

Lalu dia terfikir untuk membeli sebuah komputer tetapi "Tidak, tidak, tidak" katanya, ini hanyalah dongeng, 

"Komputer adalah barang mahal mana saya mampu" Jack kemudiannya mencari Arak, "Pertama kali saya mencari arak, saya hanya jumpa arak yang dikeluarkan dari segenap negara lain, tapi tiada langsung arak dari Tiongkok, Lalu saya terinspirasi untuk membuat satu informasi berkenaan produk dari Tiongkok."

Selepas beberapa tahun pada itu, Jack bekerja sebagai kementerian luar negeri dengan menawarkan jasa pemasaran produk Tiongkok melalui Internet, pada tahun 1999, Bersama kawannya, Ia membuat satu laman web yang bernama Alibaba.com, dia menemukan pembeli pembeli dari luar di seluruh dunia,
Ramai antara kawan Jack yang menyokong Jack, lalu sama-sama belajar untuk membuat laman web Alibaba, belajar dari Amazon, e-Bay.



"Cabaran cabaran cabaran", Jack hampir putus asa kerana tiga tahun pertama, Tiada langsung pendapatan dari site nya. tapi Jack tetap bertahan dan optimis dan yakin akan tiba waktunya Alibaba akan meletup!. Secara tak disangka pada tahun 2002, Alibaba mula membuahkan hasil dan meletup!.

Pada tahun 1999, Jack Berkata kepada para pekerjanya, " Kita harus yakin, dan kerja keras satu hari kita akan berjaya. ini hanya tentang waktu" Jack Kemudian menawarkan sebuah syarikat untuk menjual beli produk di laman web Alibaba, malah ditertawakan oleh sekumpulan orang Syarikat itu, tetapi Jack tidak berputus asa dan terus menawarkan jual beli kepada syarikat lain, sehinggakan Jack sekarang sudah berada di dalam kategori jual beli Internasional.

Sekarang, kerana tidak memperdulikan kata kata orang, Jack menjadi begitu berjaya dan kaya, Jack sendiri mempunyai lebih 1000 orang pekerja di bawah nya dan gaji yang diberkan Jack bukanlah gaji-gaji biasa, dan semua pekerja Jack juga akan diberi latihan yang mantap dalam membuat strategi marketing.

Pada tahun 2008, Jack Dikenali sebagai pengusaha muda kelas dunia, dan mempunyai kekayaan sebanyak 27.4 Million Dollar, secara tak langsung menjadi orang no 2 terkaya di dalam China dan orang paling kaya di Tiongkok. 
Jack menjadi orang 26 terkaya di dunia.



Isteri Jack Berkata, "Saya tahu suami saya tidak ada rupa,tetapi saya suka dia, kerana dia mampu melakukan sesuatu yang orang lain tak mampu lakukan"


rujukan dari: Kompas.com, Dailymail.co.uk, shoutmeloud.com,britannica.com,jackmastory.com


Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?