Header Ads

MyVi biru akhirnya ditahan Pihak Polis.

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penjawat awam lelaki yang memandu secara berbahaya dan melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Pudu, di sini, pada Jumaat.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, kejadian yang melibatkan petugas di Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) itu berlaku pada 4.50 petang.

“Menurut saksi, seorang penghantar makanan Grab yang turut merakam kejadian itu, suspek yang berusia 25 tahun telah menolak keluar seorang mangsa orang kelainan upaya (OKU) daripada kereta melalui pintu depan kiri.

“Selepas itu, saksi bertindak mengejar suspek dan mengarahkan untuk memberhentikan kenderaan namun tidak diendahkan suspek.

“Ketika melarikan diri, suspek telah melanggar enam buah kenderaan sepanjang Jalan Pudu dan telah diberkas oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada 5.20 petang,”
katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, anggota polis MPV 124 telah membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini kes masih dalam siasatan tentang kejadian sebenar OKU itu ditolak daripada keretanya.

“Kesemua pemandu kenderaan yang dilanggar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan namun suspek mengalami kecederaan di kepala,”
jelasnya

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


sumber astro awani

Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?