Tragedi Tren Tumbang, Empat Termasuk Bayi Cedera
KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan cedera selepas sebuah kren tumbang ke tengah jalan di Bandar Baru Sentul, ibu negara, pada Jumaat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 petang sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi.
"Setibanya anggota di lokasi 12 minit kemudian, terdapat sebuah kren berantai telah tumbang dan menghempap tiga buah rumah, dua buah kereta sekali gus menghalang laluan jalan raya.
Empat orang termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami kecederaan selepas sebuah kren tumbang ke tengah jalan di Bandar Baru Sentul, ibu negara, pada Jumaat. @501Awani pic.twitter.com/Kia4eZC8SC— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 13, 2019
"Terdapat seorang lelaki, dua wanita dan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami kecederaan akibat insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah mengesahkan kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Post a Comment