Header Ads

Wanita Hamil Ditetak Gara Gara 'Password' Telefon Pintar


Seorang Lelaki di Indonesia tergamak menetak isterinya sendiri kerana isterinya tidak membenarkan lelaki itu memeriksa telefonnya, Kejadian ini terjadi Di Indonesia baru baru ini.


Menurut Laporan dari Tribun News, Kejadian yang berlaku pada Khamis lalu di Irian, Kota Bengkulu itu, Mangsa Erni Susanti Berumur 29 maut di tempat kejadian manakala anaknya berada dalam keadaan selamat dan sempat di rawat di Hospital Berdekatan.


Suspek Utama iaitu Romi Sepriawan, 30 sudah berjaya ditahan Pihak Berkuasa dan hasil siasatan mendapati bahawa mereka kerap bergaduh dengan mangsa 
hanya disebabkan isterinya tidak mahu berkongsi kata laluan telefon pintarnya itu.



Pembunuhan ngeri itu terbongkar selepas Romi Sepriawan bergegas ke rumah jirannya sambil tangannya berlumuran darah.

Kata Jiran, dia ke rumah nya kerana ingin menyerahkan bayi tersebut kepada jiran untuk menjaganya.

Jirannya yang merasa curiga kemudian memeriksa rumah suspek sebelum mendapati isteri mangsa berada dalam keadaan mengerikan dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ketua kampung.

Manakala bayi malang berkenaan dibawa ke hospital oleh jiran suspek untuk menerima rawatan.

Sumber : Tribun News