Header Ads

Kerajaan Lalu Kenakan Cukai Secara Salah - Dr Mahathir

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengenakan cukai yang besar kepada individu tertentu secara salah.

Perdana Menteri berkata, beberapa individu tertentu dikenakan cukai terkumpul untuk tempoh 10 tahun walaupun mereka sudah membayar cukai.

“Semasa zaman pemerintahan Najib, kami mendapati jumlah cukai yang besar telah dikenakan kepada individu tertentu, yang terkumpul untuk 10 tahun.

“Ini sudah tentu tidak selari dengan undang-undang. Kamu tidak boleh laksanakan kaedah pengiraan baharu cukai, kemudian mengenakan cukai terkumpul kepada mereka.

“Mereka yang dikenakan cukai terkumpul ini juga sudah membayar cukai berdasarkan interpretasi undang-undang sebelum itu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.



Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan LHDN mengenakan penalti cukai berjumlah RM1.5 bilion kepada Najib, seperti dilaporkan beberapa media baru-baru ini.

Penalti cukai itu dikenakan terhadap dana berjumlah RM4 bilion yang diterima Najib antara 2011 hingga 2017, termasuk RM2.6 bilion yang didakwa ‘didermakan’ oleh Arab Saudi pada 2012.

Mengulas mengenai penalti cukai itu, Dr Mahathir menegaskan akan ada lebih banyak pemimpin kerajaan terdahulu yang mengelak membayar cukai, akan dikenakan tindakan sama.

Beliau berkata, LHDN akan melakukan tindakan sama terhadap menteri Pakatan Harapan (PH) jika ada yang turut melarikan diri daripada membayar cukai.

“Ya (lebih banyak tindakan pada menteri terdahulu). Namun, bukan saja menteri lalu, menteri sekarang pun akan dikenakan tindakan jika tidak bayar cukai. LHDN akan kejar mereka,” katanya.

SUMBER - BERITA HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?