Pelajar Dikurung, Dirogol
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
KAPIT: Dirogol tiga kali ketika dikurung tiga hari di sebuah bilik hotel.
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
KAPIT: Dirogol tiga kali ketika dikurung tiga hari di sebuah bilik hotel.
Itu nasib malang menimpa seorang pelajar berusia 17 tahun berasal dari Song, di sini.
Sebelum kejadian, gadis terbabit dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Boy ketika berada di Gelanggang Kenyalang kira-kira jam 2.30 petang, Ahad lalu.
Difahamkan, gadis berkenaan yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Song datang ke Kapit untuk berjumpa dengan rakan perempuannya.
Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, ketika berkenalan, suspek yang menyedari mangsa adalah orang luar mengambil kesempatan dan berpura-pura mengenali rakan yang dicari serta berjanji akan membawa mangsa berjumpa rakannya itu.
“Suspek kemudian membawa mangsa mendaftar masuk di sebuah hotel di Kapit dan meninggalkan gadis itu bersendirian.
“Namun, suspek datang semula ke hotel terbabit pada jam 10 malam dan dipercayai memaksa mangsa melakukan hubungan seks,” katanya.
Freddy berkata, selama tiga hari bersama di bilik hotel, suspek dipercayai memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebanyak tiga kali.
“Mangsa juga dipercayai diugut bunuh oleh suspek sekiranya memberitahu orang lain mengenai perkara itu,” katanya.
Beliau berkata, mangsa berjaya melarikan diri daripada terus menjadi hamba seks apabila suspek tertidur awal pagi kelmarin.
“Mangsa bergegas ke Balai Polis Kapit untuk membuat laporan kira-kira jam 3 pagi.
“Suspek yang menyedari mangsa sudah melarikan diri pula bertindak keluar dari hotel dan menaiki bot ekspres ke Sibu,” katanya.
Susulan itu, suspek berusia 27 tahun berjaya ditahan anggota pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) setibanya di Terminal Penumpang Sibu.
“Suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 9 April ini untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol,” katanya.
SUMBER - BERITA HARIAN
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Post a Comment