Header Ads

Remaja Maut Motosikal Rempuh Kereta

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
SEORANG remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang merempuh sebuah kereta di sebuah jalan kampung, di Kampung Parit Ali Kalang. - Foto ihsan pembaca








BAGAN SERAI: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta di Kampung Parit Ali Kalang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Muhammad Khairi Rozali, 15, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa yang tidak lagi bersekolah dan berkerja sendiri, menunggang bersendirian dalam perjalanan dari arah Parit Haji Taib 3, menuju ke Bagan Serai.

Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian hadapan sebuah kereta jenis Corolla Altis dipandu wanita berusia 33 tahun.



Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke kanan jalan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat dan kenderaan terbabit kemalangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk pemeriksaan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

SUMBER - BERITA HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?